Botani Teruntum putih

Pokok

Pokok teruntum putih setinggi 3 m.

Pokok teruntum putih boleh tahan kandungan garam tanah yang tinggi berbanding pokok teruntum merah.[5] Ia tumbuh sehingga tinggi 8–9 meter. Kulitnya merekah dan berwarna perang kemerahan, ia mengandungi 15-19% tanin tetapi kayunya tidak mempunyai begitu banyak. Ranting-ranting yang muda kemerahan atau abu-abu, kadang-kadang sedikit berambut, bulu-bulunya gugur apabila pokok tumbuh menua.[7]

Daun-daunnya berkumpul di hujung ranting dengan tangkai pendek yang berukuran hingga 10 milimeter. Helai daunnya berbentuk bujur seperti telur dengan ukuran 2–10 × 1–2.5 sm, hujungnya melengkung dan bergerigi dengan sedikit lekukan. Permukaan helai daun licin dan keras tetapi ia sedikit tebal.[7]

  • Bunga dan daun
  • Bunga teruntum putih dari dekat

Bunga dan buah

Pokok teruntum putih menumbuhkan bunga jantan dan betina di ketiak daun sebanyak 5 kuntum dalam satu jambak, setiap kuntum bunga berukuran 2–7 sm panjang dengan kelopak berwarna putih, berbau agak harum dan sarat nektar yang menjadi tarikan serangga. Tabung kelopak agak gepeng dan memanjang, lk. 6–8 mm, hijau muda, di pangkalnya dilindungi sepasang anak daun bentuk bundar telur melebar 1.5 mm; taju kelopak melebar, tinggi lk. 1 mm, kadang-kadang dengan kelenjar di hujungnya. Taju mahkota bentuk jorong, 4 × 2 mm, putih. Kuntum bunga mempunyai benang sari 10 helai yang sama banyak dengan kelopak bunga, ukuran semua benang ini sama atau sedikit lebih panjang.[7][8]:587

Buahnya 10–12 × 3–4 mm yang keras dan penuh serat teradaptasi mengapung atas air lautan.[7]

Rujukan

WikiPedia: Teruntum putih http://mangrove.nus.edu.sg/guidebooks/text/1066.ht... http://www.aims.gov.au/pages/reflib/fg-mangroves/p... http://www.arkat-usa.org/ARKIVOC/JOURNAL_CONTENT/m... https://www.fao.org/3/ag132e/ag132e08.pdf https://www.mybis.gov.my/sp/29679 https://www.nparks.gov.sg/florafaunaweb/flora/4/4/... http://www.wetlands.or.id/mangrove/mangrove_specie... https://www.ipni.org/n/170681-1 https://powo.science.kew.org/taxon/urn:lsid:ipni.o... https://web.archive.org/web/20210725134438/http://...